Hampir Keseluruhan Penduduk Daerah Pantu Lengkap Dua Dos Vaksin COVID-19

KHAMIS, 15 JULAI 2021

SRI AMAN : Hampir keseluruhan penduduk Daerah Pantu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin setakat hari ke 10 pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Pantu pada Khamis.

Seramai 3994 orang telah berjaya divaksinasi dengan proses berjalan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan yang mana program bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 10.30 pagi.

Difahamkan, pemberian dos pertama dihentikan buat seketika sementara menunggu pendaftaran baharu.

Petugas kesihatan bersama anggota Polis, RELA dan JPAM turut menggalas tanggungjawab memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa diamalkan dan keselamatan semua yang berada di PPV berkenaan terjamin.  -EDISI UKAS

Share
0

add comment