PPV Dewan Masyarakat Kampung Gedong Dibuka Semula, 570 Penduduk Terima Dos Kedua

KHAMIS, 15 JULAI 2021

GEDONG: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Gedong kini dibuka semula pada Rabu untuk memberi suntikan vaksin dos kedua kepada penduduk di situ.

Seramai 570 penerima telah hadir dan menerima suntikan dos kedua vaksin jenis Sinovac yang melibatkan warga emas, golongan berisiko dan orang awam.

Menerusi tinjauan kru UKAS, para penerima datang seawal jam 8 pagi dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Para penerima ketika ditemui menzahirkan rasa syukur kerana telah melengkapkan vaksin dos kedua dan menyeru kepada orang ramai yang belum berdaftar agar mendaftar dengan segera dan tidak perlu takut untuk mengambil vaksin.

Justeru mereka juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas penyediaan PPV di kawasan mereka dan memudahkan para penduduk untuk menerima suntikan COVID-19.-EDISI UKAS