Program Vaksinasi Mobile Outreach COVID-19 Di Rh Nanang, 13 Penduduk Terima Suntikan Vaksin

KHAMIS, 15 JULAI 2021

TATAU: Program Vaksinasi Mobile Outreach COVID-19 Daerah Tatau telah diadakan di Rumah Panjang Nanang, Senunok pada Rabu. 

Dalam program ini, seramai 13 penduduk rumah panjang Nanang Sungai Senunok telah menerima suntikan vaksin jenis Sinovac dos pertama. 

Ketika ditemui Tuai Rumah Nanang mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana memberi suntikan vaksin kepada penduduk di rumah panjang itu. 

Menerusi Program Vaksinasi Mobile Outreach COVID-19 ini penduduk yang tinggal di pedalaman dan tiada pengangkutan mendapat suntikan vaksin dengan mudah.

Malah, mereka tidak perlu lagi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan Tatau untuk mendapatkan vaksin. 

Sementara itu, di PPV Dewan Sukan Tatau pada Rabu seramai  398 mendapat suntikan vaksin dos kedua. -EDISI UKAS

Share
0

add comment