2,001 Pemain Industri Pelancongan Terima Suntikan Vaksin Dos Kedua

JUMAAT, 16 JULAI 2021

KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah melakukan kunjungan ke Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Pelancongan di Bangunan Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) Kuching, pada Jumaat.

Beliau memaklumkan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC) telah berjaya mewujudkan PPVIN pelancongan pertama di negara ini dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Perubatan Timberland.

“Seramai 2,001 pemain industri pelancongan dijangka menerima suntikan vaksin dos kedua bermula pada 15 Julai hingga 18 Julai ini setelah berjaya menerima suntikan vaksin dos pertama pada 24 hingga 27 Jun lepas di tempat yang sama.

“Setakat Khamis, seramai 748 pemain industri pelancongan telah berjaya menerima dos kedua,” katanya.

Tambahnya lagi, industri pelancongan adalah salah satu industri yang terkesan  akibat pandemik COVID-19 dan menerusi program vaksinasi ini ianya dapat membantu menghidupkan semula industri tersebut.

“Saya tidak akan terkejut sekiranya pada masa hadapan jika kita ingin melancong, kita diwajibkan untuk divaksin terlebih dahulu,” ujarnya. –EDISI UKAS

Share
0

add comment