235 Nelayan Di DUN Beting Maro Terima Bantuan Input

JUMAAT, 16 JULAI 2021

PUSA: Seramai 235 nelayan di DUN Beting Maro meliputi kawasan Pusa, Beladin, Spinang dan Semarang menerima bantuan input nelayan berjumlah keseluruhan RM470,000.

Simbolik penyerahan bantuan itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor di Kampung Beladin, Pusa pada Jumaat.

Pengagihan bantuan input ini merupakan kumpulan yang pertama untuk kawasan Beting Maro dengan setiap nelayan menerima RM2,000 dalam bentuk kotak sejuk beku, jaket keselamatan, bakul ketam dan pukat.

Agihan untuk kumpulan kedua akan dilaksanakan secara berperingkat.

Menurut Pegawai Pertanian (Pembangunan) Bahagian Betong, Nor Armiza Nawai Muhd Jasri, program bantuan input itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu para nelayan.

Penerima bantuan dalam pada itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Sarawak di atas bantuan tersebut yang akan memberi manfaat kepada mereka. – EDISI UKAS

Share
0

add comment