250 Orang Lengkap Dos Kedua Di PPV Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu

JUMAAT, 16 JULAI 2021

LUBOK ANTU : Seramai 250 orang telah menerima suntikan dos kedua vaksin jenis Sinovac menerusi  Program  lmunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin( PPV)  Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu, pada Khamis.

Tinjauan UKAS mendapati,  proses pemvaksinan yang dilaksanakan berjalan lancar dan teratur mengikut perancangan yang ditetapkan.

Penerima yang hadir terdiri daripada kakitangan SALCRA Batu Jaya, SALCRA Batang Ai, SALCRA Sedarat dan SALCRA Merindun. – EDISI UKAS

Share
0

add comment