JUMAAT, 16 JULAI 2021
SEBUYAU : Seramai 400 penduduk di kawasan Sebangan telah lengkap menerima vaksin COVID-19 dos kedua jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Kampung Lutong, pada Jumaat.
Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim telah mengadakan lawatan ke Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di PPV tersebut bagi melihat perkembangan terkini proses suktikan kedua vaksinasi disitu.
Beliau yang juga Penasihat di Pejabat Ketua Menteri Sarawak telah disambut baik oleh wakil Residen Bahagian Samarahan, Hasanal Daud, Pegawai Tadbir Sebuyau, Ajis Ahmad, dan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Sebangan,Dr Haziqah Rosazanam yang mewakili Ketua Penyelaras PPV Kawasan Sebangan.
Menerusi tinjauan UKAS, didapati proses pemberian vaksin dalam keadaan terkawal dan teratur dengan seliaan daripada pihak Jabatan sukarelawan Malaysia (RELA) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Rata-rata penduduk merakamkan ucapan penghargaan kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan serta petugas Pejabat Kesihatan Sebangan di atas inisiatif menganjurkan program tersebut yang telah diadakan dengan jayanya bermula dari bulan Jun sehingga sekarang. -EDISIUKAS