JUMAAT, 16 JULAI 2021
LUBOK ANTU : Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai telah menyerahkan cek bernilai RM150,000 daripada kerajaan negeri untuk Rumah Ibadah Agama-Agama Lain (UNIFOR) pada Khamis.
Cek tersebut diserahkan kepada wakil daripada St Philip Church, Father Joseph Dusit bagi pihak Gereja Anglican, Gereja Seventh Day Adventist (SDA) dan Gereja Roman Katolik (RC).
Difahamkan, peruntukan itu untuk kerja-kerja peningkatan tanah perkuburan Nyemungan Batang Ai bagi ketiga-tiga gereja tersebut.
Turut hadir, Setiausaha Sulit Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak, Lazarrous Luat Mujok dan Penyelia Pusat Khidmat,Kaunselor Larkin Gol. – EDISI UKAS