Balai Polis Debak Terima Kenderaan Rasmi Baharu

JUMAAT, 16 JULAI 2021

DEBAK : Balai Polis Debak telah menerima sebuah kereta jenis Proton X70 (Auto) untuk digunakan dalam operasi harian membabitkan pelbagai tugas rasmi di daerah tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam berharap, pemberian tersebut dapat membantu pihak Polis di daerah Debak khususnya, untuk lebih proaktif dalam menjalankan rondaan berkala.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Zamry Alli juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mohammad Razi atas keprihatinan dan usaha beliau memohon kenderaan baharu tersebut untuk kegunaan Balai Polis Debak.

Proton X70 (Auto) yang dibekalkan dengan beberapa kelengkapan perakam digital dan bag peralatan itu amat diperlukan semasa operasi rondaan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment