CMVT Terus Komited Laksana Program Imunisasi COVID-19 Di Kawasan Pedalaman Sarawak

JUMAAT, 16 JULAI 2021

SIBU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited menggerakkan ‘Combat Medic Vaccination Team’ (CMVT) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di kawasan Pasai Siong, Sibu.

Program vaksinasi pada hari ketiga CMVT kali ini terbahagi kepada dua Team iaitu Team A melakukan pemberian vaksin  kepada 53 orang penduduk dari Rumah Iboh dan Rumah Peter.

Sementara itu, Team B melibatkan 99 orang penerima vaksin dari Rumah Doris dan Rumah Marican.

Setakat Khamis, seramai 1,131 orang penduduk dari 43 buah rumah panjang termasuk pekerja ladang sawit di kawasan Pasai Siong telah menerima suntikan vaksin dos pertama.

Dalam pada itu, beberapa penerima vaksin ketika ditemui bersyukur dan merakamkan penghargaan atas usaha kerajaan Sarawak menjayakan program vaksinasi di kawasan luar bandar. –EDISI UKAS

Share
0

add comment