Datuk Dr Malcolm Serah Sumbangan Makanan Buat Petugas Pusat Kuarantin Batang Ai

JUMAAT, 16 JULAI 2021

LUBOK ANTU : Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak, Datuk Dr Malcolm  Mussen Lamoh, mengadakan lawatan ke Pusat Kuarantin Batang Ai, pada Khamis.

Untuk rekod, pusat Kuarantin tersebut dapat menempatkan 40 orang pesakit dan difahamkan dahulunya merupakan Pusat Khidmat Masyarakat untuk pesakit ‘Person Under Investigation’ (PUI) dan ‘Person Under Surveillance (PUS).

Dalam lawatan itu, Datuk Dr Malcolm telah menyerahkan sumbangan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin tersebut. -EDISI UKAS

Share
0

add comment