Hujan Lebat Berterusan, Air Pasang Mengakibatkan Banjir Kilat Di Beberapa Kawasan Di Daerah Limbang

JUMAAT, 16 JULAI 2021

LIMBANG: Hujan berterusan di Daerah Limbang telah menyebabkan beberapa kawasan rendah telah dinaiki air akibat limpahan air dari sungai bertembung dengan air pasang.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah meramalkan hujan dan ribut petir akan berlaku pada sebelah petang di Limbang serta hujan lebat yang berterusan berlaku di sebelah malam sehingga awal pagi. 

Pada Khamis, hujan lebat dan ribut petir selama lebih lima jam telah menyebabkan beberapa kawasan di Daerah Limbang termasuk di kawasan Medamit, Sekolah Kebangsaan (SK) Ukong dan SK Kuala Penganan dilanda banjir kilat. 

Banjir kilat berpunca dari limpahan air hujan tanpa henti dan bertembung dengan air pasang besar hingga menyebabkan air naik dengan cepat dan menyebabkan beberapa buah rumah panjang  dinaiki air. 

Pasukan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah turun ke lokasi bagi memantau situasi semasa dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya air terus naik. 

Selain itu, wakil rakyat dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) telah turut bersiap siaga untuk melaksanakan perpindahan jika hujan masih berterusan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment