Jalan Beriwan-Long Tengoa Banjir, Penduduk Akan Diberikan Temu Janji Baharu Lengkapkan Pemberian Vaksin Dos Kedua

JUMAAT, 16 JULAI 2021

TRUSAN: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Mesyarakat Trusan berakhir pada Khamis dengan hanya 50 daripada 200 orang penerima hadir bagi melengkapkan pemberian dos kedua vaksin COVID-19. 

Menurut Sukarelawan MyVac hanya 50 orang sahaja yang hadir bagi melengkapkan dos kedua vaksin pada sebelah pagi. 

Selebihnya, tidak dapat hadir disebabkan jalan perhubungan darat telah terputus disebabkan banjir terutama penduduk dari kawasan Jalan Beriwan – Long Tengoa. 

Bagaimanapun, bagi penduduk yang tidak dapat hadir ke PPV Dewan Mesyarakat Trusan untuk melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19, mereka akan dimaklumkan temu janji baharu pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.-EDISI UKAS