Lima Buah Kampung Di DUN Stakan Terima Bantuan Sempena Program Ziarah UKAS

JUMAAT, 16 JULAI 2021

KOTA SAMARAHAN : Sebanyak lima buah kampung melibatkan 50 orang penerima, terdiri daripada golongan asnaf yang tersenarai telah menerima bantuan bekalan makanan berserta barangan kesihatan bersempena Program Ziarah UKAS Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Amar Mohammad Ali Mahmud diwakili Pegawai Khasnya, Mohamad Ainnie Wahab telah menyempurnakan simbolik penyerahan bantuan tersebut bertempat di Rumah Rehat Pejabat Daerah Samarahan, pada Jumaat.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Pengkalan Kuap (10 penerima), Kampung Bukit Berangan (10 penerima), Kampung Merdang Lumut (10 penerima), Kampung Merdang Limau (10 penerima) dan Kampung Stakan Cina (10 penerima).

Menurut Mohamad Ainnie, ADUN Stakan merakamkan penghargaan kepada pihak Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) atas inisiatif sedemikian yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua ini.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Samarahan merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Samarahan, Jerry Zannuddin Bidin. -EDISI UKAS

Share
0

add comment