Pertubuhan Peladang Daro Matu Bantu Ringankan Beban Pekebun

JUMAAT, 16 JULAI 2021

DARO: Dalam usaha meringankan beban para pekebun, Kerajaan Sarawak melalui Pertubuhan Peladang Kawasan Daro Matu tampil dengan inisiatif membeli lambakan hasil tani yang tidak dapat dijual semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hampir 2000 biji nenas dan 1000 biji tembikai dibeli daripada pekebun untuk disumbangkan kepada barisan hadapan di kawasan Daro sebagai tanda sokongan atas usaha pemberian vaksin kepada rakyat kawasan tersebut.

Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad dan turut dihadiri Pegawai Daerah Daro, Bujang Rahman Seli bertempat di Dewan Masyarakat Daro pada Khamis.

Inisiatif itu jelas memperlihatkan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap nasib rakyat yang kebanyakannya terjejas semasa tempoh PKP. – EDISI UKAS

Share
0

add comment