Petugas Barisan Hadapan DUN Simanggang Terima Sumbangan Melalui Program Peladang Prihatin

KHAMIS, 15 JULAI 2021

SRI AMAN : Petugas Barisan Hadapan di tiga lokasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang telah menerima sumbangan bekalan makanan daripada Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batang Lupar, Pantu dan Engkilili melalui Program Peladang Prihatin.

Penyerahan disampaikan oleh Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Sri Aman, PPV Dewan Masyarakat MDLA Engkilili dan Sekatan Jalan Raya (SJR) Simpang Engkilili, pada Rabu.

Sumbangan berupa beras beserta hasil pertanian jagung dan timun itu, sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada petugas yang teguh dalam menggalas tanggungjawab mengekang penularan pandemik COVID-19.

Turut serta, Pegawai Pertanian Bahagian Sri Aman,Freddy Paul Giang Engie, Pegawai Daerah Sri Aman,Mohd Ashree Wee, Pengurus Besar PPK Batang Lupar, Azrul Francis, Penolong Pegawai Menguasa Pejabat Pertanian Daerah Sri Aman,Jabu Saging, Penolong Pegawai Pertanian,Maxmilan Darren Bruka, Pengurus Besar PPK Engkilili,Kinta Lalang. -EDISI UKAS

Share
0

add comment