Petugas Di PPV Dewan Masyarakat Serian Terima Sumbangan Peladang Prihatin

JUMAAT, 16 JULAI 2021

SERIAN : Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn telah menyempurnakan Program Penyerahan Sumbangan Peladang Prihatin, anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Serian pada Khamis.

Program turut disertai ADUN Bukit Semuja, John Ilus bersama dengan wakil Residen Bahagian Serian,Wee Chung Yee, Timbalan Pengerusi CITF Bahagian Serian,Dr Edmund Shin Chin Vui, Pegawai Pertanian Bahagian Serian,Heidylia Joshua serta wakil Pegawai Daerah Serian,Natasha Tiong.

Sumbangan berupa bakul buah-buahan beserta sayuran itu diserahkan kepada para petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Serian.

Program tersebut bertujuan memberi semangat para petugas dalam menyempurnakan proses pemvaksinan disamping menghargai penat lelah mereka dalam usaha memerangi wabak COVID-19.

Dalam pada itu beliau bersama rombongan sempat meninjau perjalanan proses pemvaksinan di PPV berkenaan dan amat berpuas hati dengan kelancaran program yang teratur dan terkawal.-EDISI UKAS

Share
0

add comment