Program Sumbangan Peladang Prihatin Diteruskan Di PPV Dewan Masyarakat Tebedu

JUMAAT, 16 JULAI 2021

TEBEDU : Program Penyerahan Sumbangan Peladang Prihatin anjuran Pejabat Pertanian Bahagian Serian diteruskan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu, pada Jumaat.

Penyerahan sumbangan bakul berisi buah-buahan dan sayur-sayuran itu disempurnakan oleh Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Objektif program adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan di seluruh PPV bahagian Serian, yang terdiri daripada anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Malaysia Vaccine Support Volunteers (MYVAC), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) dan Belia Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tebedu.

Datuk Roland dalam pada itu turut berkesempatan menyantuni penerima-penerima vaksin COVID-19 yang hadir di PPV berkenaan, dan beliau menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan mereka terhadap usaha kerajaan mengekang penularan COVID-19.

Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri,Dr Simon Sinang Bada, Pegawai Daerah,Joseph Liaw, wakil Residen Bahagian Serian,Mahyuddin Hafiz Mohamad, Penyelaras PPV Dewan Masyarakat Tebedu,Dr Nor Shamira Mohd dan Pegawai Pertanian Bahagian Serian,Heidylia Joshua.-EDISI UKAS

Share
0

add comment