Seramai 2,178 Lagi Orang Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Di PPVIN Kingwood Resort Mukah

JUMAAT, 16 JULAI 2021

MUKAH: Seramai 2,178 lagi orang menerima suntikan vaksin COVID-19 pada hari keempat di Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Kingwood Resort pada Khamis.

Ketua Penyelaras PPVIN Kingwood Resort Mukah, Jimmy Kinsun memberitahu penerima vaksin adalah melibatkan syarikat perladangan yang berhampiran.

“Program vaksinasi ini adalah untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin di kalangan pekerja industri perladangan kelapa sawit termasuk pekerja tempatan dan Tenaga Kerja Indonesia (TKI).

“Beberapa syarikat yang terlibat dalam penerimaan vaksin kali ini adalah Rinwood Pelita, MPI Pelita, MBSB Pelita, Golden Star Express, Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, dan juga MSB Plantation Sdn. Bhd.,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir dan semua agensi yang terlibat dalam menjayakan program vaksinasi bahagian Mukah.-EDISI UKAS

Share
0

add comment