Seramai 827 Individu Sudah Divaksinasi Di Bintangor

JUMAAT, 16 JULAI 2021

BINTANGOR : Seramai 827 individu menerima dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ‘Mobile Outreach’ IPG Kampus Rajang dan Dewan Masyarakat Bintangor, pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing semasa meninjau PPV berkenaan berkata, proses pemberian vaksin dalam keadaan teratur dan beliau berasa gembira serta beterima kasih kepada penduduk atas penglibatan mereka mendapatkan vaksin.

Di samping itu, beliau turut menyeru orang ramai agar segera mendaftar mendapatkan vaksin COVID-19 yang umum diketahui selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan.

Beliau juga memohon mereka tercicir dalam senarai penerima vaksin untuk berhubung dengan ketua masyarakat di kawasan masing-masing.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang dan Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Bintangor Dr Nor Khairi Deris. – EDISI UKAS

Share
0

add comment