UNIFOR Agih RM8.176 Juta Untuk 72 Penerima

JUMAAT, 16 JULAI 2021

KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) meneruskan sumbangan dengan menyalurkan peruntukan sebanyak RM8.176 juta kepada 72 rumah ibadat bukan Islam di negeri ini pada Jumaat.

Peruntukan diserahkan Timbalan Ketua Menteri yang juga menteri bertanggungjawab ke atas UNIFOR, Datuk Amar Douglas Uggah Embas kepada 19 wakil rakyat dan juga wakil penerima.

Antara penerima yang hadir Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Micheal Manyin, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai.

Pada minggu lepas, Datuk Amar Douglas Uggah turut menyampaikan peruntukan sebanyak RM13.280 juta kepada 40 penerima. -EDISI UKAS

Share
0

add comment