Yayasan Sarawak Sumbang RM2 Juta Kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak

JUMAAT, 16 JULAI 2021

KUCHING: Yayasan Sarawak menyerahkan sumbangan bernilai RM2 juta kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak pada Jumaat.

Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak, Datuk Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki diiringi Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli telah menyerahkan cek berkenaan kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Sementara itu, Mersal ketika ditemui media selepas penyerahan cek sumbangan tersebut berkata, cek berkenaan merupakan salah satu tanggungjawab Yayasan Sarawak bagi membantu kerajaan negeri dalam menguruskan pandemik COVID-19.

“Sumbangan sebanyak RM2 juta untuk kerajaan Sarawak itu merupakan salah satu tanggungjawab Yayasan Sarawak bagi membantu masyarakat meringankan beban kewangan kerajaan untuk memberi sumbangan kepada rakyat yang terjejas kerana COVID-19,” katanya .-EDISI UKAS

Share
0

add comment