1,000 Penduduk Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Di PPV Pulau Li Hua

SABTU, 17 JULAI 2021

SIBU: Seramai 1,000 orang penduduk berhampiran dan yang berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong telah menerima vaksin Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pulau Li Hua pada Sabtu.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong selaku Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Kaunselor Wong Ching Yong berkata, ia merupakan ia merupakan PPV terakhir diadakan bagi DUN Dudong.

Tambahnya, pemberian vaksin seterusnya akan dilakukan  dengan menggunakan kaedah bersama pasukan vaksinasi bergerak.

“Stesen PPV seterusnya ialah dengan kaedah COVID-19 Mobile Vaccination Unit yang dianjurkan oleh Jalan Sukun dan tempat masih belum dikenal pasti dan berharap dapat dilaksanakan pada minggu hadapan.

“Keseluruhannya kita akan melaksanakan hampir di setiap rumah panjang di DUN Dudong.

“Sebahagian daripada penduduk rumah panjang juga telah mendapatkan vaksinasi di PPV Sibu Jaya sebelum ini

“Sambutan sangat menggalakkan dan berharap kita mencapai sasaran 80 peratus penerima vaksin kepada penduduk di DUN Dudong sebelum hujung bulan Ogos,”jelasnya ketika ditemui.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, bagi rakyat yang belum mendapatkan vaksin, mereka digalakan untuk datang ke PPV Catholic High School yang akan beroperasi sehingga pertengahan Ogos.

Sementara itu, Pengarah Perubatan KPJ Sibu, Dr. Wong Chya Wei pula berkata, program pemberian vaksin COVID-19 itu merupakan  program kali kedua pihak KPJ terlibat.

“Ini merupakan kali kedua pihak KPJ terlibat dengan program vaksinasi COVID-19 bergerak di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama komuniti setempat dan SUPP Dudong dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Vaksin telah disediakan oleh pihak KKM dan kami menyediakan tenaga kerja (pasukan perubatan) dan JKKK Pulau Li Hua telah mengatur dan menyediakan semua kemudahan di sini

“Kita dapat lihat susun atur sangat bagus, mempunyai kawasan yang luas dan tidak menyebabkan kesesakan

“Proses di sini semua berjalan dengn lancar dengan bantuan sukarelawan pada hari ini,”ujar beliau lagi.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia