20 Penduduk Perumahan Pine Villa Terima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang

SABTU, 17 JULAI 2021

KUCHING : Seramai 20 penduduk Perumahan Pine Villa menerima bantuan bekalan makanan Sarawakku Sayang, pada Jumaat.

Sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban penduduk yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rata-rata penerima menzahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih atas keprihatinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta pihak yang terlibat atas bantuan yang diberikan yang sedikit sebanyak mengurangkan beban dan tekanan mereka sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -EDISI UKAS

Share
0

add comment