400 Penduduk Daerah Lawas Terima Vaksin COVID-19 Dos Kedua

SABTU, 17 JULAI 2021

LAWAS: Seramai 400 orang penduduk di Daerah Lawas menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua jenis Sinovac.

Ini merupakan hari terakhir Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Daerah Lawas pada Sabtu.

Penduduk yang menerima vaksin COVID-19 telah hadir di ruang menunggu seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. 

Sehingga petang, proses pemberian suntikan vaksin COVID-19 berjalan dengan lancar dan suasana keadaan terkawal mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) serta mengikut jadual yang ditetapkan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment