518 Individu Lengkap Dua Dos Vaksin COVID-19 Di PPV Dewan Masyarakat Kampung Gedong

SABTU, 17 JULAI 2021

GEDONG : Seramai 518 individu telah menerima suntikan dos kedua vaksin jenis Sinovac menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Kampung Gedong, pada Jumaat.

Timbalan Pengarah Jabatan Sukarelawan Negeri Sarawak (RELA), Mohamad Shafiq Fadzil dalam tinjauannya pada Jumaat , amat berpuas hati dengan pencapaian anggota RELA yang menyelia PPV tersebut.

Katanya, kerjasama yang baik sesama petugas yang lain memudahkan serta melancarkan lagi proses pemberian vaksin.

Dalam pada itu, beliau juga memuji para penerima yang hadir mengikut masa temujanji yang ditetapkan disamping mematuhi arahan yang diberikan oleh petugas sepanjang program dijalankan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment