ADUN Batang Ai Sempurnakan Majlis Peladang Prihatin di Lubok Antu

SABTU, 17 JULAI 2021

LUBOK ANTU :  Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh telah mengadakan lawatan kerja ke Daerah Lubok Antu, pada Khamis.

Beliau telah menyempurnakan Majlis Peladang Prihatin Sarawak dengan menyampaikan sumbangan produk-produk pertanian anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA).

Program ini merupakan salah satu aktiviti dibawah komponen Program Pembelian dan Pengedaran Hasil Tani oleh PPK yang sedia ada, dimana proses pembelian kekal sama seperti sebelumnya, disamping mempromosikan hasil produk tempatan, sekaligus mempergiatkan lagi pemasaran PPK.

Di samping itu, sebanyak 55 bekalan makanan turut diserahkan oleh Datuk Dr Malcolm kepada Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Lubok Antu,Dr Almond Chin Vui Jin yang mewakili semua petugas di PPV berkenaan.

Turut hadir Pegawai Pertanian Bahagian Sri Aman,Freddy Paul Giyang, Penyelaras PPV,Matron Margaret Minong, Penolong Pegawai Pertanian Engkilili/Lubok Antu,Johny Reba, Setiausaha Sulit  kepada  Datuk Dr Malcolm,Lazarous Luat Mujok serta Penyelia Pusat Khidmat GPS Batang Ai, Kaunselor Larkin Gol. -EDISI UKAS

Share
0

add comment