ADUN Kedup Sampaikan Cek Peruntukan Khas Perdana Menteri, Martabatkan Kualiti Persekolahan

JUMAAT, 16 JULAI 2021

KEDUP : Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah rendah termasuk PIBG SMK Tebakang dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu telah menerima cek peruntukan khas Perdana Menteri Malaysia, pada Jumaat.

Cek berjumlah RM10,000 setiap satu tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben kepada Guru Besar dan wakil daripada SK Triang, SK St Micheal Mongkos, St Raymond Mujat, St Anthony Kawan, St Jude Bunan dan SMK Tebakang.

Martin Ben berharap, pihak PIBG dan pengurusan sekolah dapat memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan yang disalurkan untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum bagi sekolah masing-masing.

Untuk itu, beliau menghendakkan pihak pengurusan sekolah untuk sentiasa peka dan seiring dengan saranan-saranan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disamping menghargai segala bantuan kerajaan dalam usaha memartabatkan kualiti persekolahan.

Turut menerima cek berjumlah RM10,000 bagi mengurus dan mengadakan aktiviti peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ialah Ketua Kaum Kampung Mapu Kijabu, Kulin Pi-e. -EDISI UKAS

Share
0

add comment