ADUN Muara Tuang Tinjau Pembinaan Semula Jeti Kampung Pinang

SABTU, 17 JULAI 2021

KOTA SAMARAHAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang telah meninjau pembinaan semula dua buah jeti di Kampung Pinang Samarahan, pada Jumaat.  

Jeti tersebut hampir siap sepenuhnya di bawah projek rakyat dan telah di luluskan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada tahun 2020.

Terdahulu, beliau berkesempatan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nurul Islam bersama penduduk kampung dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Islam Sarawak (MIS). – EDISI UKAS

Share
0

add comment