PIBG SMK Sadong Jaya Terima Cek Peruntukan Khas

SABTU, 17 JULAI 2021

SADONG JAYA : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, melalui Pusat Khidmat DUN telah menyerahkan cek peruntukan khas kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sadong Jaya, pada Jumaat.

Cek tersebut telah diserahkan oleh Ketua PBB Zon 4 Rangawan, Rafendy Ariffen kepada Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sadong Jaya, Hamdan Bujang, bertempat di Bilik Gerakan Kampung Rangawan.

Hamdan yang mewakili seluruh warga SMK Sadong Jaya merakamkan penghargaan kepada Awla yang telah menyalurkan peruntukan tersebut.

Menurut Awla, peruntukan yang disalurkan kepada PIBG SMK Sadong Jaya adalah khas untuk penyediaan rak Al-Quran di Surau SMK Sadong Jaya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment