Dato Sri Rohani Serah Bantuan Makanan Pakej PEMULIH Di Kampung Lutong

JUMAAT, 16 JULAI 2021

SEBUYAU: Simbolik bantuan bekalan makanan menerusi peruntukan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi kawasan Kampung Lutong telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim, pada Jumaat.

Beliau menyerahkan sendiri bantuan tersebut dengan menziarahi kediaman 10 penerima yang disenaraikan terdiri daripada golongan asnaf.

Menurutnya, peruntukan ini bagi memperkasakan program bantuan bekalan makanan sedia ada agar lebih terangkum dan efektif kepada kumpulan sasar di seluruh kawasan.

Turut hadir, wakil Rasiden Bahagian Samarahan,Hasanal Daud, Pegawai Tadbir Sebuyau,Ajis Ahmad dan Ketua Masyarakat Kampung Lutong Sebangan, Alup Edin. -EDISI UKAS

Share
0

add comment