SABTU, 17 JULAI 2021
SEBUYAU : Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Pembinaan Sistem Perparitan dan Pembetung di Kampung Menek Sebangan, pada Jumaat.
Dalam lawatan itu, beliau menyerahkan surat tapak projek kepada Kontraktor Pembinaan Metdia Sdn Bhd, untuk dilaksanakan.
Projek yang menelan kos sebanyak RM120,000 itu melibatkan komponen utama iaitu pembinaan parit bagi menyalurkan air ke sungai berdekatan. -EDISI UKAS