KKM Lakukan Pemantauan Lokasi, Laksana Program OutReach Vaksinasi

SABTU, 17 JULAI 2021

PADAWAN : Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan pemantauan ke Kampung Sepit bagi mencari lokasi sesuai untuk melaksanakan Program OutReach Vaksinasi bagi kawasan luar bandar, yang akan dijadualkan pada Ahad.

Sebelum ini, pihak KKM juga telah mengadakan pemantauan ke Ulu Bengoh Dam yang melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Muk Ayun, Kampung Stin dan Kampung Nyegol bagi pelaksanaan program sama yang berlangsung pada Sabtu.

Dalam Program OutReach Vaksinasi kali ini  dijangka akan melibatkan seramai 134 orang penduduk di Ulu Bengoh Dam dan 106 orang penduduk Kampung Sepit, Padawan.

Difahamkan,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil juga akan turut terlibat dalam kedua-dua program tersebut.

Program OutReach bertujuan memberi imunisasi secara menyeluruh kepada seluruh rakyat Sarawak termasuk  kawasan pendalaman dan kawasan luar bandar.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Padawan,Julius Scott Sapong, Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching,Dr Majorie dan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Padawan,Dr Hamizah. -EDISI UKAS

Share
0

add comment