SABTU, 17 JULAI 2021
LINGGA : Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion telah mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah Kecil Lingga, pada Jumaat.
Dalam lawatannya, beliau mendengar sendiri taklimat ringkas daripada setiap pegawai yang bertugas, berkenaan Prosedur Operasi Standard (SOP) di pejabat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Hadir sama,Residen Bahagian Sri Aman,Indit Bangai, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman,Elvis Didit, Pegawai Daerah Sri Aman,Mohd Ashree Wee serta Penolong Pegawai Tadbir Daerah Kecil Lingga,Mohammad Firdauz Abdillah. -EDISI UKAS