Lebih Kurang 360 Penduduk Lundu Teruja Lengkap Dua Dos Vaksin COVID-19

SABTU, 17 JULAI 2021

LUNDU : Kira-kira 760 penduduk di kawasan Daerah Kecil Sematan disasarkan menerima vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sematan, pada Sabtu.

Seramai 400 orang mendapatkan dos pertama manakala 360 orang lagi  mendapatkan dos kedua.

Tinjauan UKAS mendapati, penerima yang hadir berasa sangat teruja lebih-lebih lagi mereka yang telah berjaya melengkapkan kedua-dua dos vaksin, disamping para petugas juga menyediakan perkhidmatan yang baik dan selesa sepanjang proses dijalankan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment