Pembinaan Rumah Wakaf Projek Tanah Perkuburan Islam Baru Sarikei Siap Ogos Depan

SABTU, 17 JULAI 2021

SARIKEI: Kerja-kerja pembinaan rumah wakaf projek Tanah Perkuburan Islam Baru Sarikei dijangka siap sepenuhnya sebelum akhir Ogos nanti.

Semasa meninjau projek berkenaan pada Jumaat, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh turut menyampaikan perancangan yang akan dilakukan di kawasan tanah perkuburan tersebut agar Pejabat Agama Islam Sarikei faham kedudukan dan situasi sebenar yang dihadapi.

Keprihatinan Datu Len yang juga ADUN Kuala Rajang terhadap projek tanah perkuburan itu kerana beliau mahu ianya dapat digunakan menjelang Oktober nanti.

Menyertai Datu Len dalam lawatan tersebut wakil dari Pejabat Agama Islam Sarikei, Ustaz Faizal Abu bagi memantau dan meneliti perkembangan terkini projek Tanah Perkuburan Islam Baru Sarikei.

Sementara itu, Datu Len turut berkesempatan meninjau kerja-kerja menaik taraf Jalan Cempaka, Lorong Cempaka 2 dan 3 di Kampung Seberang Sarikei.

Dalam lawatan itu, beliau amat berpuas hati dengan kerja-kerja menaik taraf yang telah selesai dan memberi keselesaan kepada rakyat. – EDISI UKAS

Share
0

add comment