Penduduk Batu Kawa Masih Berjaga-Jaga

SABTU, 17 JULAI 2021

KUCHING : Tinjauan UKAS di sekitar kawasan Batu Kawa pada Jumaat mendapati keadaan di premis-premis makanan masih kelihatan lengang meskipun  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan untuk makan secara ‘dine-in’.

Difahamkan, rata-rata pelanggan masih lagi was-was dan berjaga-jaga untuk keluar makan di tempat awam memandangkan varian baru COVID-19 yang dikesan  baru-baru ini dapat merebak melalui udara.

Walaubagaimanapun, setelah lebih kurang sebulan setengah tidak dibenarkan “dine in” rata-rata peniaga premis berasa lega dan berharap pelanggan  sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment