Penduduk Sebuyau Terima Manfaat Melalui Program Ziarah UKAS

SABTU, 17 JULAI 2021

SEBUYAU : Seramai 50 penduduk melibatkan 13 buah kampung akan menerima bantuan makanan dan barangan kesihatan bersempena Program Ziarah UKAS.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi kepada Ketua Kaum serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mewakili penerima yang tersenarai dalam golongan asnaf, bertempat di Dewan Baru Sebuyau pada Sabtu.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Baru Sebuyau, Kampung Hilir Sebuyau, Kampung Lot Sebuyau, Kampung Masjid, Kampung Sawmill, Kampung Hulu, Kampung Senayang, Kampung Mambai, Kampung Sangki, Kampung Sungai Nyamok, Kampung Bulan,Kampung Kesindu dan Kampung Entangor.

Dalam pada itu, sebanyak RM212,000 juga diperuntukkan kepada 50 perwakilan JKKK, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di kawasan Sebuyau menerusi geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP). 

Jelas Datuk Julaihi, ia bertujuan untuk membantu pertubuhan-pertubuhan berkenaan menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada pembangunan sosial di kawasan masing-masing.

Turut hadir, Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu, Pegawai Tadbir Sebuyau,Ajis Ahmad dan Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan, Asli Yahya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment