Petugas Barisan Hadapan PPV Dewan Gua Terima Sumbangan Bakul Makanan Jabatan Pertanian Sri Aman

SABTU, 17 JULAI 2021

SRI AMAN: Petugas barisan hadapan yang menjalankan tugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Gua, Sri Aman telah menerima sumbangan bakul makanan daripada Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman pada Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang telah menyerahkan 10 sumbangan bakul makanan berupa produk-produk pertanian itu kepada wakil semua petugas barisan hadapan di PPV tersebut, Terence dalam Majlis Peladang Prihatin Sarawak.

Program tersebut adalah satu aktiviti di bawah komponen Program Pembelian dan Pengedaran Hasil Tani oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang sedia ada di mana proses pembelian kekal sama seperti sebelum ini. 

Dalam pada itu, ia juga mempromosikan hasil produk tempatan dan sekaligus mempergiatkan lagi pemasaran PPK.-EDISI UKAS

Share
0

add comment