PPV Hospital Bau Sasar 500 Penerima Divaksinasi

SABTU, 17 JULAI 2021

BAU: Seramai 500 lagi penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru disasarkan  menerima vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Bau, pada Sabtu.

Pemberian vaksin dos pertama jenis Sinovac itu membabitkan penerima dalam lingkungan umur diantara 18 hingga 59 tahun.

Program pemvaksinan bermula pada jam 8.00 pagi dengan kekuatan petugas kesihatan seramai 28 orang bersama 15 orang Sukarelawan Bulan Sabit Merah, tiga petugas Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan lapan petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). -EDISI UKAS

Share
0

add comment