Program Ziarah UKAS Diteruskan Di Kawasan Sebangan

SABTU, 17 JULAI 2021

SEBUYAU : Program Ziarah UKAS diteruskan di kawasan Sebangan dengan 50 orang lagi golongan asnaf yang tersenarai melibatkan lima buah kampung akan menerima bantuan sumbangan.

Penyerahan sumbangan berupa bekalan makanan, pelitup muka dan cecair pembersih tangan itu telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim, kepada wakil penerima Ketua Kaum serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pada Jumaat.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang sudi membantu mengurangkan tekanan penduduk dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan dalam usaha membantu kos sara hidup masyarakat setempat.

Turut serta, wakil Rasiden Bahagian Samarahan,Hasanal Daud, Pegawai TadbirSebuyau,Ajis Ahmad, Ketua Masyarakat Kampung Lutong Sebangan, Alup Edin. -EDISI UKAS

Share
0

add comment