Program Ziarah UKAS peringkat DUN Batang Ai disempurnakan oleh Datuk Dr Malcolm

SABTU, 17 JULAI 2021

BATANG AI : Seramai 50 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai  yang terdiri daripada golongan asnaf dan Orang Kelainan Upaya (OKU) menerima bantuan makanan  beserta barangan kesihatan melalui Program Ziarah UKAS.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh dengan menziarahi setiap rumah penerima yang tersenarai di Kampung Hilir Lubok Antu.

Datuk Dr Malcolm merakamkan penghargaan kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan berharap bantuan berkenaan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua ini.

Pada masa yang sama, para penerima merakamkan penghargaan kepada (UKAS)dan Datuk Dr Malcolm atas keprihatinan menghulurkan bantuan  ketika pandemik COVID-19 ini. -EDISI UKAS

Share
0

add comment