Projek Perpaipan Daerah Matu Dijangka Siap November 2021

SABTU, 17 JULAI 2021

MATU: Projek perpaipan di daerah Matu yang dijangka siap menjelang November 2021 akan memberikan manfaat kepada penduduk kampung untuk mendapat tekanan air lebih kuat dan mengurangkan masalah gangguan air.

Perkara itu dijelaskan oleh Jurutera Awam Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB)Bahagian Mukah, Mickly Irai Jawa dalam program Sesi Bersama JBALB yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya di Loji Bekalan Air Daerah Matu, Jemoreng pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mickly Irai turut memaklumkan projek tersebut telah siap kira-kira 77 peratus dan berharap penduduk bersabar buat masa ini berikutan gangguan air kerap berlaku akibat daripada projek ini. 

Selesai sahaja sesi bersama JBALB, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda menyantuni seorang warga emas yang terlantar dan merupakan salah seorang penduduk di Kampung Jemoreng dengan menyumbangkan sebuah kerusi roda untuk beliau. 

Penerima sumbangan, Meriam Udin yang lumpuh sebelah badan dan hanya bergantung kepada adik-beradiknya untuk membawa membersihkan diri dan melakukan rutin harian amat terharu dan berterima kasih kepada ADUN Jemoreng itu atas sumbangan beliau. -EDISI UKAS

Share
0

add comment