Proses Vaksinasi Di PPV Dewan Mahligai Gading Bergerak Cepat

SABTU, 17 JULAI 2021

LUNDU : Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Mahligai Gading ditubuhkan bagi memberi keutamaan kepada golongan warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Walaubagaimanapun, ia juga masih terbuka kepada orang awam memandangkan proses vaksinasi di PPV tersebut bergerak cepat dan teratur dengan menggunakan kaedah ‘Divide and Conquer’.

Pada Sabtu, lebih kurang 540 penduduk daerah Lundu disasarkan untuk divaksinasi bagi dos pertama.

Menerusi tinjauan UKAS, perkhidmatan yang disediakan di PPV tersebut amat memberi keselesaan kepada penerima dan proses vaksinasi berjalan lancar dengan pengawasan dan kawalan daripada para petugas. -EDISI UKAS

Share
0

add comment