SABTU, 17 JULAI 2021
KUCHING : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni telah meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Bako pada Sabtu.
Menerusi tinjauan beliau, seramai 240 orang penduduk telah melengkapkan dos suntikan kedua vaksin COVID-19.
Beliau berpuas hati dengan kelancaran proses serta kemudahan yang disediakan di PPV berkenaan.
Para penerima juga dilihat memberi kerjasama penuh kepada petugas dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. – EDISI UKAS