111 Pekerja Ladang Sawit Terima Vaksin Di PPV Bau

AHAD, 18 JULAI 2021

BAU: Program pemberian vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Akademi Bomba Bau mula diperluaskan bagi sektor perladangan pada Sabtu.

Menerusi tinjauan yang dilakukan, prosedur itu telah membabitkan seramai 111 orang pekerja ladang sawit dari 10 buah syarikat.

Daripada jumlah tersebut seramai 14 orang adalah terdiri dari warga tempatan, manakala 97 orang lagi adalah warga asing yang mempunyai dokumen yang sah.

Sejurus menerima dos suntikan pertama vaksin jenis Pfizer, mereka kemudiannya dibawa balik ke lokaliti ladang masing-masing dengan menaiki kenderaan syarikat. -EDISI UKAS