1,624 Individu Terima Suntikan Vaksin direkodkan Di Tiga PPV Daerah Bau

AHAD, 18 JULAI 2021

BAU: Seramai 1,624 individu telah direkodkan menerima suntikan dos vaksin COVID-19 di tiga fasiliti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah Bau pada Sabtu.

Menurut laporan vaksinasi harian daripada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Daerah Bau, bagi PPV Dewan Akademi Bomba Bau, seramai 884 orang direkodkan iaitu 635 orang menerima suntikan dos pertama, manakala 249 orang lagi melengkapkan suntikan dos kedua.

Program sama di PPV Klinik Kesihatan Siniawan pula merekodkan seramai 160 orang menerima suntikan dos pertama mereka, manakala 80 orang lagi melengkapkan suntikan dos kedua.

PPV Hospital pula terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila merekodkan 100 peratus kahadiran penerima vaksin dengan seramai 500 orang yang telah mendapat janji temu mereka bagi mendapatkan suntikan dos pertama. -EDISI UKAS

Share
0

add comment