1,837 Individu Telah Divaksinasi Di PPV Xin Fu Yuan Methodist Church

AHAD, 18 JULAI 2021

SIBU: Seramai 1,837 individu telah divaksinasi setakat dua hari pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Xin Fu Yuan Methodist Church.

Ia merekodkan seramai 846 orang menerima suntikan di hari pertama pelaksanaan program pada Jumaat manakala 991 orang lagi pada Sabtu.

Menerusi tinjauan UKAS, program di PPV tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dari penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek malah dari seluruh kawasan di Sibu.

Difahamkan, jentera Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek yang diketuai Kaunselor Joseph Chieng, turut sama membantu dalam mengenal pasti penduduk yang belum mendapatkan vaksin, bagi mempercepatkan proses vaksinasi. – EDISI UKAS

Share
0

add comment