32 Keluarga Di Taman Allamanda Terima Sumbangan Bakul Makanan

AHAD, 18 JULAI 2021

KUCHING: Seramai 32 keluarga di Taman Allamanda di sini menerima sumbangan bakul makanan dari Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Petra Jaya pada Sabtu.

Mewakili Ahli Parlimen Petra Jaya yang juga Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof mengagihkan bakul makanan tersebut ialah Pegawai Khasnya Morshidi Sa-id.

Sumbangan bakul makanan tersebut sedikit sebanyak meringankan bebaban para keluarga yang terjejas akibat wabak COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment