50 OKU Di DUN Lingga Terima Bantuan Sempena Program Ziarah UKAS

AHAD, 18 JULAI 2021

LINGGA: Seramai 50 Orang Kelainan Upaya (OKU) menerima bantuan berupa bakul makanan bersempena Program Ziarah UKAS  pada Sabtu.

Sumbangan berupa bekalan makanan, pelitup muka dan cecair pencuci tangan itu telah disempurnakan oleh Temenggong Mohammad Shah Achang yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri.

Penyerahan dilakukan melalui penghantaran dari rumah ke rumah, melalui Ketua Kampung atau Tuai Rumah masing-masing.

OKU yang menerima bantuan tersebut meliputi enam kampung dan lima rumah panjang di mana mereka ini kebanyakan peserta atau pelajar di Pusat Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Lingga dan juga individu tertentu.

Kebanyakan OKU yang menerima bantuan tersebut mengalami masalah pembelajaran, pendengaran, penglihatan, fizikal, mental serta pertuturan.

Penerima dan wakil penerima melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) atas inisiatif bantuan berupa bakul makanan kerana ianya banyak membantu meringankan beban yang ditanggung ketika pandemik COVID-19 masa kini.-EDISI UKAS

Share
0

add comment